22 April 2011

Ana wa usrati

BISMILLAH
Alhamdilillah segala puji bagi Tuhan pencipta dan pentadbir sekalian alam,Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW, serta kaum kerabat baginda,para sahabat dan golongan yang mengikuti baginda hingga ke hari kiamat.
         Sedikit pengenalan tentang diri saya dan keluarga untuk perkongsian bersama para pengunjung yang budiman. Nama diberi Ahmad Zamzami bin Che Daud, dilahirkan pada 22hb jun 1989, pada hari khamis diteratak indah milik perkongsian dua insan yang tersayang beralamat no22 Kampung Bakong Gunong 16090 Bachok Kelantan.
         Bersyukur kehadrat Ilahi kerana saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar iaitu adik-beradik seramai 10 orang dan dilahirkan sebagi anak yang ke 6. Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Bakong Gunong Bachok. Menyambung pendidikan diperingkat menengah di Maahad Yaakubiah Nipah Bachok Kelantan sehingga memperolehi Sijil Tinggi Agama Malaysia dan seterusnya menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi di Universiti Al-Azhar Mesir.
        Sekarang sedang menuntut ditahun 3 kuliah Bahasa Arab Am Universiti Al-Azhar Kaherah. Alhamdulillah telah mendirikan rumah tangga dengan seorang isteri yang diberi nama Nur Aini Afifah bin Mohd Huzaimy pada 28hb jan 2011 satu tarikh yang tidak dapat dilupakan iaitu tarik yang mana berlakunya revolusi rakyat mesir